Jumaat, Januari 01, 2010

ahlan wassalan 1431 hijrah/2010

masa taip ini blog, cukup genap sudah setahun 2009. Dekat dalam bilik, aku dapat dengar orang blok depan memekak-mekak. Bukan sebarang memekak, macam SAWAN punya memekak. Saat menaip ini jugak tengah dengar lagu ella-puisi hamba. Punyalah feel aku dengar. Entah kenapa tiba-tiba sayu je hati ni. Dah-dah tak mahu ah sedih di tahun baru kan.

Aku sekarang tengah audit buku lama ni, jadi macam orang lain juga naklah berazam. Yelah, kalau orang tanya apa azam tahun ni, takkan takda kot kan? Lagipun macam takda masa depan lah kalau takda azam. Haha ;)

Setelah berfikir,
dan direncanakan secara masak-masak, inilah azam aku tahun ini;
hendak beriman secara tulus dan ikhlas terhadap ALLAH
nak mandi sekurangnya 2 kali sehari. (aku mandi sekali sehari tapi tetap wangii)
lagi rajin (mengemas, baca buku, yang lain tak fikir lagi)
lagi matang dalam berfikir dan membuat sebarang tindakan
sayang keluarga, kawan-kawan ketat-ketat *ayat budak sekarang! ;p
pandai berkira-kira, jimat cermat
STPM 4 flat!
lagii..

entahlah, biar masa yang menentukan.

Itu sajalah yang dapat aku coretkan, ayat pun skema semacam pulak. Sekarang aku dah mengantuk. Baik aku tidur, esok tahun baru, harap semua bukan macam dulu. Haraplah kan!


Tiada ulasan: