Isnin, Disember 28, 2009

19 dan masih bersekolah

tahun depan aku 19. Tak percaya je, baru tahun ni lower 6 dah naik upper 6. Cuti jangan harap muka aku nak baca buku. Berhabuk pun buku tu. Bajet nak bersungguh-sungguh belajar tapi hampeh la, bersungguh tidur ada. Memandangkan sekolah nak bermula, aku pun macam budak-budak lain yang beria-ria nak kembali ke sekolah. Tapi tak beli apa, kain sekolah menengah canggih aku tu pun dipakai dari 2004-2010 nilah. Hebat tak. Aku memang suka kain sakai-sakai. Lagi satu, kasut pun aku bukannya basuh sampai setahun. Tapi percayalah, tak busuk. Aku pun heran jugak.Hahaha.
Tujuan entri kali ni nak menunjuk-nunjuk lah kasut baru yang aku beli ni. Aku tak tahu lah kenapa aku nak berlagak dengan kasut ni. Setakat nak ke sekolah pun nak berlagak dengan kasut. Okay naik sekolah kali ini aku akan pakai kasut ni memandangkan aku pun join kelab badminton kan.

ini dia badminton master daripada bata,
harapnya aku master lepas pakai kasut ni


harganya RM 29.95. Masa 1970-an RM3.99 murah gila! Priceless habis!

wahaha, tak jatuh punya kau pakai. Tengok tapak dia. Sokonglah jenama malaysia!(tetiba)


Cari kat internet rupanya badminton master ni dah lama bertapak weh. 1970an tu. Vintage! Patutlah masa aku beli mak aku kata ni macam kasut sekolah dia dulu-dulu. Tapi ini kasut payah cari sekarang, aku duk cari kat bata takda. Tetiba ada kat parkson itu hari,cepat-cepat aku beli. ;)

Ada warna lain juga;


yang pasti nak warna biru ni! Sukaaa gila bah! Takpelah, Bata murah pun bergaya. ecece
Aku mau beli ni bah. Asyik,asyik!

Isnin depan ke sekolah dengan kasut baru. Bhaaha. Macam budak-budak.
Tapi malas pulak, tangan akan sakit balik. Esei sejarah, esei bahasa 750 pp ke ats. Tidaaaaaaaaaaaaaaak!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada lagi ke bad minton master nie cz nak beli la tgh mencari urgent