Ahad, Februari 14, 2010

mahu jadi terkenal seperti Sharifah Aini?

Walaweh, dengan blog dah boleh jadi model weh!
Saja tadi aku dok usha blog-blog ni, skodeng-skodeng
terjumpa satu entri
lebih kurang gini
"pertandingan gambar tercantik"
wah wah. Hebat betul contest tu ye, mana taknya berduyun-duyun aweks-aweks mahu join.
Sudah berlambak contest begini, hmmm. Makin giat la aweks-aweks kita.
Hadiahnya aku tak pasti. Mungkin beg gucci, takpun satu set barang kecantikan MAC. Mungkin.
Boleh pula, dah join kenalah link url blog owner contest. Takpun syaratnya harus membuatkan juri terkejut dan berkata 'WOW' (aku copy ayat organiser). Jangan lupa sertakan slogan :
"SAYA RASA PHOTO SAYA PATUT MENANG KERANA........"

Gila lah, mesti berpeluh aweks-aweks dok pikir slogan yang ulalala.
Aku usha lagi, tengok gambar contestant...
Wow, memang buntang-buntang mata mereka. Comel gebu gitu, okay la kan.
Ya ya ya

Kepada yang berminat silalah join, mana tahu menang. Bertambah jugak duit nuffnang.
Bolehlah tanggung duit petrol sebulan.

Cara-cara menjawab peraduan:

1:Jawab dengan tenang. Ingat, mesti 'WOW' kan juri ya.

"saya patut menang kerana saya rock, ikhlas dan baik hati"

Takpun,

"saya patut menang kerana saya jujur dan ikhlas dan tidak bermuka-muka. Saya juga tidak comel dan gebu. Mungkin mata saya tidak sebulat ikan buntal sekurangnya mata saya sesepet keli"

WOW tak?

Gilo ko nak masuk contest nak buruk-burukkan diri sendiri. Mestilah yakin diri kawan, contohnya;
Saya yakin saya menang kerana saya mempunyai kecantikan yang asli, tak gitu?

Okay itu sahaja untuk tips hari ini. Gua sudah penat memepet(membebel). Nampak tak muka gua tengah penat tu sambil ditemani dua orang gundik terhangat. Nampak tak, jebek kang!
Selamat Mencuba kepada yang berminat. Gua ucapkan Good Luck.
Ingat, mesti 'WOW'kan mata juri. Biar terbeliak sikit.

Kalau tak join, lepak ja dengan aku layan puisi fynn jamal takpun apekesni lagi syok.

Tiada ulasan: