Sabtu, Februari 27, 2010

penyataan yang entah apa-apa

Semua tak pernah tahu, aku dengan Iqram Dinzly tu kawan baik. Ya, kawan baik. Tanpa perasaan cinta atau apa-apa. Sampaikan semua rahsia dia aku tahu. Selalu lepak keluar makan berjam-jam dengan bersembang je. Kau tahu perasaan aku? Gembira.
Tapi satu hari tu dia cerita dengan aku yang dia sudah jatuh cinta. Aku terkedu. Membisu tak boleh berkata apa-apa. Pembuluh darah ni panas. Dada aku sebak. Ketat.
Aku pun tak pasti kenapa. Seperti tidak merelakan. Sepatutnya aku gembira, tapi tidak.

Pada pertemuan seterusnya, dia berterus terang. Yang dia sayang, cintakan aku.
Pembuluh darah ini panas lagi. Kali ini aku gembira. Betul-betul gembira.
Tiba-tiba Akim Af7 datang menyatakan penyataan yang sama Iqram Dinzly cakap pada aku.
Iqram Dinzly tidak dapat menerima apa yang berlaku.
Sumpah, aku tak pernah ada hati sedikit pun dengan Akim. Kenal pun begitu aja.
Kenapa pula dia datang tiba-tiba nak rosakkan hubungan aku dengan Iqram? Kenapaaaa?

Sejak daripada hari itu, hubungan aku dengan Iqram renggang. Aku cuba untuk berbaik, tapi payah. Bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi. Dari jauh, aku selalu perhatikan Iqram, mana tahu boleh mencuri masa dia untuk kami berbincang. Masih mencuri masa sampai aku terjaga.

Pftttt Wtf! Aku mimpi weh. Apasal dengan Iqram dengan Akim.
Gila lah. Tak pernah aku minat dorang berdua ni. Betul!
Mungkin penangan cerita Na O Mei dengan iklan aiskrim cornetto Akim tu. Euwww!
Gila. Tak pernah aku nak berangan nak dengan dorang tu.
Iqram pun dah ada Fauziah Ghous tu yang cun melecun.

Mungkin jugak sebab semalam tu aku pernah terfikir camni
"Wah laku gak Akim ni. Jadi duta tu, mesti dia boleh makan aiskrim free. ngeh ngeh"

Yang Iqram tu pulak,
"Ish, kenapalah kawan aku minat dia ni gila-gila? Pelik aku. Hensem sikit bolehla"

Mengada betul aku mimipi gitu kan.
Lantak lah nokk
dah nasib mokk


Pengajarannya,
janganlah terfikir pasal seseorang tu melebih-lebih. Nanti dibawak ke mimpi.
Bahaya! Kita pun tak boleh jangka apa jenis mimipi tu. Nasib baik jenis elok, kalau tak?
Lagi satu, jangan lupa baca doa.
Yelah semalam aku tak baca doa, kenyang sangat lepas pergi surau dengar ceramah sempena Maulud Nabi. Kenyang makan danging dicicah limau mandarin. Yumm.
Atas kesempatan ini, aku nak ucapkan
Salam Maulidur Rasul. Salam.

Tiada ulasan:

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama