Isnin, Mei 17, 2010

Abah borek, Gua rintik

Abah gua dah bising tengok anak dia ni lalok.
Semalam gua keluar abah gua kasi sepuluh ringgit je.
Abah gua punya geram sebab gua lagi asyik berada di depan laptop daripada baca buku.
Abah gua marah-marah sebab gua keluar macam budak tak sekolah.

"Kawan kau cuti sem kau pun cuti sem jugak ke. Sedarlah Dayah oooiii"

Jawapan gua cuma diam.
Gua tak kisah sebab gua rasa tindakan gua rasional. Gua bertindak secara relevan.
Lagi gua tak perlu takut abah gua pukul. Gua dah besar, tiada lagi tali pinggang hijau askar yang ketebalannya entah berapa inchi.

Dengar cerita abah gua bisik-bisik nak potong internet. Abah gua marah gua balik rumah, facebook. Bangun tidur, facebook.
Tapi tak jadi sebab abah gua pun sama. Bangun tidur, Malaysia Kini. Balik rumah, google politik.
Abah borek, gua rintik.

Satu yang abah gua suka tengok, gua berblog.
Abah gua suka gua menulis. Abah gua kata bagus.
Abah gua siap bagi sokongan. Sampai adik gua pun dah ada blog.
Tapi nasib abah gua tak baca. Abah gua cuma intai dari jauh apa gua tulis. Abah gua tak tahu tajuk blog gua.

Kejap, apasal tulisan gua kerat-kerat macam budak baru belajar menulis. Demm kena sharp ni. Okay bai!

2 ulasan:

Naqib Mohamad berkata...

bapak lu ada blog x?

wannh ardan berkata...

takda lah naqib. bapak gua tulis dalam diari je. haha