Isnin, Mei 10, 2010

nescafe tak membantu aku

Demm. Minggu depan exam dan aku masih mengumpul kekuatan supaya lebih gigih belajar. Aku tahu selama ini apa-apa yang aku tulis atau ungkapkan sekadar di pinggiran atau dalam bahasa moleknya nak menyedapkan hati sendiri. Hendak kata aku terlalu sibuk dengan aktiviti luar pun takda. Aku bukan orang yang wanted. Aku dengan dunia aku. Aku jenis orang yang bergaul dengan orang yang tertentu. Jadi maknanya aku punyai lebih masa dengan diri sendiri. Aku tak kisah dengan aktiviti sekeliling. Budak lain masih tidak kenal aku siapa sebenarnya. Walaupun kadang aku rasa diperbodohkan. Arghh, apa kena mengena?

Sebenarnya aku sedang mabuk nescafe. Maknanya aku sedang lalok. Jadi persetankan apa sahaja yang aku tulis dan ya aku masih mengumpul kekuatan untuk lebih gigih.

Tiada ulasan: