Ahad, Mei 23, 2010

dulu aku nak jadi askar sebab nak pergi berperang



Arghh. Apa-apa aja. Daripada kecik aku memang tomboy. Kawan dengan lesbian, kami potong rambut pendek. Masuk padang main ronders, masuk semak tangkap belalang, curi bola golf, aku kumpul segala jenis permainan lori, robot-robot dan aku cuma ada satu anak patung. Paling dajal, aku pernah mencuri. Damn. Jahat gila. Aku pun lupa siapa ajar. Curi pensil tekan kat kedai mamak, pastu esoknya aku bagi kawan-kawan sebab banyak sangat. Sekali je aku buat lepas tu taubat. Nasib budak kecik, tak berakal. Kalau sekarang, mampus aku nak tanggung.

Bulan puasa, aku ponteng. Kadang-kadang.
Aku ni nakal sangat. Senyap-senyap aku curi satu jag air. Sorok belakang pintu bilik aku. Dahaga, aku rembat.
Takpun, masa amik wudhuk aku curi-curi minum.
Dalam bilik air minum.
Ada jugak curi sepotong dua kuih bawah tudung saji. Mak aku bukan perasan.

Pernah sekali jugak, aku duduk tepi tingkap. Nampak jiran aku ni tengah minum coca-cola. Dia hulur, aku ambil. Terkantoi, adik-adik aku nampak. Last, aku ajak dorang sekali.
Argh,Aku memang setan.

Aku pun rasa sangat hardcore masa kecik-kecik dulu, bayangkan jalan kaki sorang-sorang lalu tepi hutan bagai semata-mata nak pergi mengaji. Mak aku tak dapat hantar sebab masa tu ada adik kecik.
Masa mengaji tulah aku berkenalan dengan seorang nenek ni yang ditinggalkan anak.
Setiap hari aku datang singgah pondok dia. Aku pun lupa macam mana boleh 'terlepak' kat situ. Setiap kali aku nak pergi mengaji, aku bungkus makanan dari rumah.
Nenek tu pun selalu nasihatkan aku. Sampai sekarang aku ingat, entah nenek tu hidup lagi ke tak.
---
Sekarang ni aku masih macam dulu, suka main-main, nakal (bukan nakal lain macam), cuma dah tak setan.
Aku pun macam tak percaya dengan apa yang aku pernah buat masa kecik-kecik dulu. Memang tak padan dengan umur. Darjah 3 beb.

Start rasa remaja sikit masa darjah 5. Aku jatuh cinta, aku syok sendiri. Aku diam-diam suka kat seseorang. Cinta bertepuk sebelah tangan. Ik Ik Ik
---
Okay, aku pun tak tahu apasal aku suka sangat cerita pasal masa kecik-kecik dulu.
Bagi aku zaman kanak-kanak yang penuh imaginasi. Terlampau radikal.
Aku pun tak malu nak mengaku aku macam tu masa kecik. Inilah realiti. Walaupun ada kawan aku yang macam geli dan rasa aku ni jahat. Lantaklah.

Nama pun realiti , terimalah.
---

2 ulasan:

Naqib Mohamad berkata...

dulu sebab nakal sangat gua penah kena rotan, tali pingang, ranting kayu pon kena sebab dah tak cukup senjata dah nak tibai aku.. hoho

wannh ardan berkata...

nakal tuu. tapi best ah kan. sekurangnya rasa. daripada orang tak pernah rasa. haha
aku pun pernah kena tali pinggang askar. yang hijau tebal tu. dah kena memang tak boleh gerak ah. nakal sangat.