Khamis, Februari 11, 2010

dulu cita-cita saya hendak jadi cikgu, cikgu!

masa kat sekolah rendah dulu kalau cikgu tanya apa cita-cita kamu,
aku mesti jawab
"jadi cikgu"
Heh, aku tak tahu nak jawab apa jadi cakap mahu jadi cikgu jelah. Nampak jugaklah punya cita-cita

Tapi kalau orang tanya apa cita-cita aku sekarang
aku akan jawab
"bergantung pada jodoh"
lantaklah orang nak kata apa kan.
Tipikal manusia mahu membeda-beda

Demi masa depan
aku pun dok pikir-pikir nak ambil kos apa untuk sambung degree nanti

Teringat pula saat-saat berangan ni,

dua tahun lepas aku kira, hati aku kuat nak jadi pengarah filem.
Wan Noor Hidayah pengarah filem?

Pertama,
Idola - Arwah Yasmin Ahmad
Ada tu satu kali, beria-ria aku tulis surat untuk arwah
bunyinya leih kurang macam ni
"saya minat sangat dengan Yasmin Ahmad. Saya yakin saya amat berbakat dalam bidang seni. Harap sangat Yasmin Ahmad dapat jadikan saya kawan, takpun anak murid"
lebih kurang macam tulah. Geliman jugak aku baca.



tapi cita-cita aku ni tak pernah padam. Setiap hari aku berangan lah nak buat filem apa. Konon rasa bagus lah kan. Tapi hasrat tu dah berkubur, aku pendam ja. Insya-allah ada modal aku gali balik. Walaupun macam tu, sampai sekarang, aku ulang tayang balik semua filem-filem dia, iklan dia. Kadang gelak sorang, kadang senyum sorang. Sampai satu famili dah tahu perangai aku.
Tapi apa aku kisah, janji hati senang.

Kedua,
A Samad Said / Za'ba


Yang ini kasih aku dekat dia memang tidak berbelah bahagi lagi,
dia buatkan semangat nasionalisme aku lagi bertambah kuat,
dia buatkan aku lebih pandai berkata-kata
dia jugaklah buat aku semangat nak perjuangkan bahasa

Sampai dekat pembaris, kalkulator, almari aku tampal nama dia. haha
Gila ke apa.

Okay, setelah aku fikir-fikir
keputusan dah dibuat
cek punya cek
memang aku suka bahasa, seni, politik, sejarah
mungkin bagi orang lain, memboringkan you!

Tapi taknak aku sambung dalam bidang ekonomi ke, perniagaan ke, lagi akaun. Lagi boring you, skema betul!
Heh, memang cari penyakit mental lah kalau aku sambung bidang-bidang tu
Sedangkan aku kira matematik pun selalu salah, bukan selalu tapi setiap kali kira mesti salah. Aku nampak nombor pun kadang terbalik. Dah takdir macam ni kan.

Hasil bertafakur,
tekad aku nak sambung dalam jurusan antropologi dan sosiologi yang membincangkan segala isu fasal pemikiran manusia, politik, sosial, agama, bahasa, isu semasa, sejarah, undang-undang, budaya dan sewaktu dengannya. Wah nampaknya memang sebuah jurusan yang memerlukan mental yang kuat, pembacaan yang banyak, dan pemerhatian yang tajam. Cehh, seronok gila tu. Ini kira campuran daripada semua bidang yang aku minat.

Masalahnya sekarang,
tamadun dunia, tamadun islam, sejarah malaysia, sejarah asia tenggara, pengajian am, bahasa malaysia, perlembagaan malaysia dan ekooonomi pun tak habis kuasai lagi. Boleh nak berangan nak sambung jurusan yang terbelit tuu apa antropologi dan sosiologi. Hah, berangan bolehla, sekarang pun tengah berangan sambil menulis di blog. Hahaha

Takpa, kawan-kawan doakan aku ya,
ayatnya macam ni
"Semoga Wan Noor Hidayah cemerlang di dunia dan akhirat"

Eh, dah baca ayat tu?
terima kasih ye kerana doakan aku :)

4 ulasan:

RABUN berkata...

wah dua orang yang sangat luar biasa tu,, minat filem ker...

wannh berkata...

ngeh ngeh sangatlah minat. tapi sokong daripada belakang je.

this is jill berkata...

kos aku la tu. human sciences, belajar sociologi dan anthropology. susah nye, toksah ckp aa. kalau rajin baru survive. aku yg malang lagi pemalas ni jgn harap la yg terbaik. impian semata mata.

- semoga berjaya! :D

wannh berkata...

yelah, kemanusiaan macam aku jugak. sama-sama lah kita berjuang ye aniss. :)