Sabtu, Februari 06, 2010

surat cinta buat kawan

malas aku nak pergi merentas desa hari ini
Kalau aku pergi pun aku bukannya nak berlari sungguh-sungguh
Dulu tak sama macam sekarang

Kalau dulu,
zaman merentas desa bersama kita semua sangatlah seronok
kita semua jadi geng terakhir yang sampai
tak pernah kisah tak dapat medal ke apa
sambil jalan tu, berjuta-juta perkataan dah kita semua cakap
sampai penghujung dah boleh nangis
aku suka
perhubungan yang ikhlas

eleh, lagi satu
kita semua tak pernah cakap antara satu sama lain
yang kita sayang sesama sendiri
tapi aku tahu
yang kau semua memang sayang
memang sangat rindu
tapi malu

syukur,
walaupun macam tu
tak pernah kita semua bergaduh kan
betul, tak pernah

ingat lagi,
ada juga orang nak leraikan kita semua
cemburu lah tu

lagi,
zaman duduk tepi padang sambil tunggu bas
semua rela
naik bas terakhir
tak pernah kisah lambat sampai rumah pun
tetap kita semua senyum

dulu, kalau ada masa
balik sekolah terus lepak rumah ain
bukak internet dengar lagu korea
aku yang tak pernah minat ni pun
terjebak jugak
ye ye je hafal semua lagu
sebab di sekolah boleh menyanyi sama-sama
haru gitu

heh, pasal makan
anis, aku ingat kita mesti makan mihun sup setiap hari
aku pun sama
letak sambal banyak-banyak
biar sampai menangis
tak menangis tak puas
kongsi air
sedap betul mihun sup makcik kantin tu

tahun spm,
semua berjanji nak genggam sijil kehadiran penuh
ya, semua berjaya
*bangga
walaupun ada hari yang orang itu demam,
ada hari yang orang itu malas
kita kuatkan sesama sendiri
walaupun kita sendiri tak kuat

orang tak tahu,
bukan sebulan, lima bulan aku nak kenal seseorang
lama, sangat lama
setahun mungkin

aku bukan jenis orang yang akan declare
"you are my best friend forever"
maaf, kalau baru kenal berbulan-bulan
tidak.

sebab tu,
bila aku baru kenal seseorang
aku akan diam
memerhati dalam diam
bila aku selesa baru aku bercakap
tu pun tak banyak

lebih aku rela,
duduk sorang-sorang
tak mahu hipokrit
berpura-pura ketawa dengan lawak yang entah apa-apa

tidak aku nak terpanggil orang bila aku tidak punya kawan
takpa
kenangan kita semua sudah cukup untuk senyumkan aku

ingat
walaupun ada yang baru aku kenal
tidak bermaksud aku tidak suka kamu
belum cukup serasi gitu

aku tak tahu nak cakap macam mana,
aku boleh melihat perwatakan seseorang
daripada gaya percakapan
daripada gaya pemikiran
aku rasa sudah cukup kenal bagaimana seseorang itu
aku boleh kesan orang bermuka-muka
aku boleh kesan orang menipu
tapi aku diamkan
rahsia aku

argh

sepanjang tanah di bumi pun
tidak akan habis aku coretkan semua kenangan
*hiperbola

baiklah
cukup
aku ikat lembaran ini kemas-kemas
dalam hati
jika hati aku dicuci sekalipun
akan tersemat juga lembaran ini kawan
tidak akan hilang
sampai mati

yang sangat mencintai semua kawannya,
wan noor hidayah binti wan ardan
://19 tahun 7 bulan dengan rasa segala tindak-tanduknya sengat matang dan berkesan

surat cinta kepada semua orang yang pernah berkawan, bersusah-senang, bertegur, dan apa-apa lagi

Surat cinta ini tak akan berakhir, sebab tu aku tak letakkan nokhtah
Takkan

1 ulasan:

this is jill berkata...

terbaik. nama aku pun ada. syg kau :D
-ni blog baru aku, follow ye :D