Isnin, Mei 03, 2010

paparan yang sungguh mengasyikkan






Seni itu segalanya tentang hidup
abstrak
seni harus ikhlas
seni harus jujur
seni tidak menipu
seni laku
-----

Tak kena betul ayat aku. Penangan dari Pasar Seni konon.
Pagi tadi balik dari jumpa doktor singgah CM kejap. Tempat aku dengan awatif selalu lepak sebab makanan murah. Santai pun santai. Relax. Cool.
Sesuai lah dengan jiwa aku yang romeo ni.
Duit pun kupangje jadi kena sedar diri sikit.

Singgah pula ke Annexe Gallery, kosong. Sedikit hampa. Ingat adalah apa-apa pameran yang berlangsung.
Turun pergi galeri kat bawah. Nampak pulak "free admission". Yabedahbudu! mana boleh lepas. Percuma, siapa tak suka percuma. Tengok-tengoklah lukisan yang ada. Cuba mentafsirkan maksud tersirat, tersurat. Tak faham, pura-pura faham. Konon orang seni kan. Mana boleh tak faham.

Ya, sebenarnya saja nak tunjuk gambar pertama kat atas. Yang buat aku keluh kesah. Yang buat aku beria-ria menghayati sesebuah lukisan. Begitu halus. Begitu tulus.
Agak-agak mana satu lukisan yang aku rasa begitu halus dan tulus tu?
Tengok sendirilah.
Nak teruja? Klik gambar untuk paparan yang lebih mengasyikkan.

1 ulasan:

Enn 'A berkata...

Woihhhh tu KL Design Week ke ? Huwaaaaa melepasss