Jumaat, Mac 19, 2010

cuti satu alergi

Cuti memang bagi stim lah. Sebab cuti aku jadi pemalas, sebab cuti aku banyak keluar duit, sebab cuti aku hutang sepuluh ringgit dengan adik aku yang darjah lima tu.

Cuti buat aku tak tahu malu. Jadi budak kecik pergi main lumba basikal pastu pusing satu taman lagi kasi makcik-makcik yang kuat mengumpat tu dok mengata aku.
Aku tak suka betul makcik-makcik yang bertenggek kat tepi rumah tu. Asal aku lalu je mulalah pandang. Gedik betul.

Kesian aku, mana ada kawan cuti-cuti ni. Kawan aku semua ada kat hostel dorang. Aku je terperup kat rumah menunggu hujan yang tak tiba. Ada kawan sekolah ajak gi mandi kolam. Macam geli pun ada. "Swimming" malaslah aku. Macam mandi air kencing orang je kan.

Masa cuti ni lah aku nak tangkap leleh, mengenang cerita sekolah. Orang luar tak tahu betapa sayunya aku bila balik sekolah. Aku jalan kaki sorang-sorang sampai bus stop, lalu dekat highway bulatan pahang tu. Highway beb, jangan main-main. Mahu lama aku tunggu kereta reda. Muka aku tebal je tahan kereta suruh berhenti jap. Takpa, aku dah biasa.
Aku pun taknak susahkan kawan aku tumpang dorang naik kereta/moto. Aku pun taknak cari kawan sekadar untuk aku jadikan peneman nak melintas jalan tu.
Aku rasa jalan kaki lagi feel, masa jalan tulah kau nak kenal dunia. Lagi-lagi kena masa hujan lebat. Peristiwa-peristiwa macam ni lah yang lagi buat aku tabah.
Sukar aku nak panggil abah untuk ambil aku kat sekolah, rasa menyusahkan. Abah aku dah penat cari duit. Biarlah dia rehat.
Aku pun bukan orang senang; call je mak bapak, terus dorang terpacak depan mata. Tak.
Rasa macam kesiankan diri sendiri pulak bila aku tulis macam ni tak patut. Tak patut.

Betul aku cakap makin aku meningkat usia ni (19 tahun) makin banyak aku tahu. Otak pun rasa lebih open. Aku rasa lebih pandai. Tapi aku dah tak galak berlawak macam dulu. Aku makin pendiam. Cakap bila perlu. Tak tahu lah mungkin faktor persekitaran ke apa.

Habis cerita, masa cuti inilah rambut aku yang macam Radhi OAG ni bertukar macam rambut Dr Che Rozmey yang pengasas Just Mate 5 tu. Tapi cool siot. Aku malas nak kisah. Bilik aku pun dah macam tongkang pecah. Perangai macam orang kena cerai je. Mak aku pun malas nak bebel sebab aku dah besar dah tahu fikir!
Harapnya esok aku bangun aku jadi rajin macam perempuan melayu terakhir. Aku azam nak kemas bilik sampai licin. Nak cuci balik otak ni. Dah kena racun dengan si malas. Esok aku nak rembat balik rambut Radhi OAG aku pastu berperangai seperti aku yang dulu.

kekasih di dunia ke-2.

Tiada ulasan: