Jumaat, April 16, 2010

benci kira-kira


Subjek kira-kira bukanlah subjek kegemaran aku. Ini semua kerana peristiwa ditampar cikgu masa tahun 6 sebab tak tahu bahagi. Lagi kerana fobia dek asyik-asyik muka aku kena tanya sifir. Lagi jugak muka aku kena pergi depan jawab soalan. Lagi muka aku kena rotan dekat tangan sebab banyak salah dalam exam.

Sampai sekrang aku dok menyumpah-nyumpah subjek ni. Bagi aku orang yang minat subjek ni semuanya skema, berdisiplin tinggi, tak mahu mengaku kalah, mempunyai ego yang tinggi. LOL
Walaupun kadang-kadang aku hampir jatuh cinta dengan subjek ni. Tapi aku tepis jauh-jauh. Bayangan muka cikgu matematik yang kejam dan tak berhati perut akan muncul menundukkan aku.
Sebab tu apa-apa hal yang melibatkan kira-kira aku tolak ketepi.
Dalam tak suka tu jugaklah dugaan datang dengan minatnya aku kepada subjek ekonomi.
Segala ceruk purut tentang ekonomi aku minat. Tetapi malang, ekonomi juga memerlukan minda yang tangkas tak lembab macam aku. Terkial-kial mengira, guna kalkulator pun kadang salah, apatah aku tengok nombor pun kadang terbalik.

Sebab kira-kira jugaklah seminggu ni aku down. Aku melalak. Aku stress. Aku ponteng. Aku gerun dengan orang pandai-pandai. Aku kaku tak tahu nak buat pa sampai demam.
Aku kadang-kadang cemburu dengan kawan sebelah aku yang boleh buat kira-kira sambil bersiul-siul. Laju je siap.
Aku? Masih termenung tengok soalan. Tergagap-gagap.

Tapi aku tak patut kesian dengan diri sendiri. Setelah muhasabah diri selama beberapa hari. Akhirnya aku teguh untuk sahut semua cabaran tu. Aku kena usaha lebih sikit.
Bukan sikit, banyak. Sepenuh jiwa raga. Walaupun aku tahu kadang aku ni cakap macam hangat-hangat tahi ayam. Erkk.


Aku suka subjek pengajian am. Maklumlah warganegara yang terbilang kan. Mana tahu bakal peguam nanti?


Bawah meja aku takda formula matematik. Yang ada angan-angan beserta puisi tak menjadi.

Tiada ulasan: