Khamis, April 08, 2010

beg sentimental

kalau bosan buat apa? aku cuma termenung tengok siling sambil tunggu mata nak terlelap. tapi mengada pulak tak mahu lelap. tertoleh-toleh ke kiri ke kanan mana tahu ada idea nak berangan. tapi takda. beralih ke buku tapi rasa pening tiba-tiba.

jadi tengok almari macam segar pulak. bukaklah almari.
penuh betul dengan baju-baju. ada yang tersangkut. ada yang berbunjut. ada yang terperusuk kat celah-celah.
jadi aku koreklah konon nak kemas.
kemas punya kemas terjumpa lah beg.

wah rupanya beg aku zaman bergetah dulu.
zaman konon kecil molek.
berjerawat, pendek, bergigi spongebob.

beg kesayangan walaupun tak lawa.
murah. takda jenama.
beg yang konon rasa hot lah sangat padahal katun kat beg tu macam muka aku.
semua budak kata muka aku macam kat beg tu.
kiranya aku cutelah kan?
ikikik

seronok betul tengok beg tu.
kenangan rock-rock di tingkatan 4.
beg yang memakan hamis ketiakku.




------
3 bulan lepas kot saja aku pakai beg ni, boleh pulak orang gelak. Tahulah muka aku dah tak cute macam katun dalam beg tu. Bantai gelak pulak. Sepuk kang.
Dey dey dey.

Esok aku nak pakai beg ni pergi sekolah nak tengok apa reaksi orang yang
"judge a book by it's cover"
ngehngehngeh.

-----

2 ulasan:

Naqib Mohamad berkata...

kasut lame2 xnak cari? mesti dah berkulat dah kan... hahahaa

wannh ardan berkata...

haha. kasut lama-lama ada je. dah berbau dalam rak tu. tapi pkai lagi. baru vintage. hee