Sabtu, April 03, 2010

masa yang tersenyum


masa sekolah rendah kat pahang aku naik trak askar pergi sekolah. kena panjat tangga tinggi kalau nak naik. duduk kat belakang trak tu macam kena tahan. kadang aku tahan nak muntah sebab bergelong sangat. pasal trak ni,semua budak respek aku. dorang ingat aku terhormat. sanggup tunggu aku sebab nak tengok aku naik trak askar. hahaha

teringat pulak, dulu masa darjah 3 aku masuk pertandingan bercerita dan aku dapat tempat pertama. tapi terkilan sampai sekarang sebab tak dapat ambil hadiah. semua sebab aku kena pindah kl.

masa pertandingan baca sajak aku terketar-ketar sebab terlupa. lepastu aku diam dan semua orang tepuk tangan. paling malu. aku tak datang 2 hari sebab malu nak tunjuk muka dekat cikgu dengan kawan.

lagi, dulu ingat lagi aku buat exam apa tah namanya yang untuk lompat tahun tu. kalau darjah 4 boleh terus masuk darjah 6. Dalam 10 orang je yang layak untuk ambil exam tu. Kira aku bukan calang-calang lah. Padahal aku rasa aku memang tak layak langsung. Aku diterima untuk lompat tahun tapi aku tolak.

Masa sekolah rendah kat kl tu, hari jumaat hari wajib untuk berdrama. geng aku semua stay back dekat kolam ikan sekolah seri murni tu. hari berlakon. kadang konon aku jadi pengarah. tapi aku selalu dapat watak budak cacat kena buli,budak lelaki blur. comel je

masa tahun 2003. budak sekolah rendah ni semua matang-matang. tak macam sekarang. betul budak-budak. mengada betul. dulu semua tak pilih kawan. sekarang semua budak nak kawan cantik je. macam "kalau takda barbie takboleh kawan dengan aku", "kena pakai roxy satu geng" bla bla bla.
----------
aku rindu gila borak lucah-lucah sampai tergolek-golek.
masa kita bagi nama kat semua drebar bas rapid kl.
yang paling aku suka pakcik rakus. rambut dia kerinting. bawak laju. cool gila.
masa kita semua sembang kat tepi padang sekolah. mengumpat sikit. sanggup tunggu bas terakhir sebab malas sesak macam kambing dalam bas.
jalan kaki sampai bustop yang punyalah jauh sampai paha aku melecet-lecet.

masa aku jadi pelakon drama kelas. aku dapat watak budak lelaki blur.
ada sekali tahun tu aku dapat watak utama, tapi sebagai pak pandir.
kelakar gila.

masa form 3, memang perpaduan betullah. budak-budak ni suka panggil aku berjoget. bukan joget atas pentas. setakat dalam kelas sampai ketiak basah.

habis pmr aku tak keruan. tak tahu nak ambil apa. mula-mula dah ambil add math tapi aku tak tahan. aku bukan jenis budak kira-kira. dapat teknik jurusan kejuruteraan awam aku tolak. last aku jadi budak akaun je. nak ambil seni tak jadi sebab clash dengan paper akaun masa spm.
-------
dulu kalau ada kem bina insan kita semua memang tak suka time nangis-nangis. Dengan kurang ajar kita semua seludup sumbat mp3 kat telinga. Dengar lagu my humps pastu konon melalak-lalak nangis. gila.
tapi kita semua nangis-nangis masa nyanyi lagu teman sejati.

masa aku ponteng sekolah pergi bukit bintang dengan kena kejar anjing. Lepastu salah sorang kawan baik aku dapat tahu dan dia kecewa gila dengan aku. Aku rasa bersalah tengok dia macam nak nangis.

masa ponteng kelas pastu lepak dalam tandas lama-lama. pergi bilik kaunseling pura-pura cari info. waktu rehat kadang tak makan pergi library bukak myspace.

masa maths tak pernah belajar. bila cikgu mintak buku gelabah tiru budak-budak lain. pastu pergi beli buku maths konon sebab dah habis padahal nak buat buku conteng. lukis-lukis dalam tu. berpuisi lah konon.

masa ramai-ramai tak suka basuh kasut. aku punya kasut paling otai. yeahh yeahhh

masa nak dekat spm. aku boleh lepak-lepak lagi. kawan aku sorang ni dah risau.
tapi aku lepak je.
---------

banyak lagi masa yang lekat dalam kepala otak ni.
masa berharga aku yang orang lain tak ada.
masa-masa tulah yang buat aku lebih matang.
lagi berfikiran luas. lagi terbuka.
masa yang buat aku tersenyum bila tengah boring macam ni.

5 ulasan:

fd berkata...

haha! rindu kot time kem bina insan or whatever uh! haha!

konon la kan nanges2..habes kem wat cam bese balik. haha

wannh berkata...

betul2. time tu je ngis2.
konon insaf.
habis kem jahat balik.
haha

denna berkata...

sorry ajak kau ponteng.
:(

Nain berkata...

wannhhh!!!
rindu ape yg ko tulis semua tu!
sumpah! aku rindu!

wannh berkata...

weh denna apasal kau nak mintak maaf. sepak kang! haha. aku tak pernah menyesal pun weh. kngn yg sush nk dapt!

ain:bila lagi nak mcm tu kan?