Sabtu, April 10, 2010

Kata Luhur daripada Bapak




Kata Luhur-an exhibition to commemorate Y.Bhg Datuk A. Samad Said birthday (His 75th birthday falls on Friday, 9th April 2010). Presenting nearly 100 pieces of his sketches & drawings.

Mempersembahkan Kata Luhur-sempena menyambut hari lahir yang ke 75 untuk YBhg Datuk A.Samad Said. Mempamerkan hasil karya beliau dalam bentuk lukisan & lakaran berjumlah hampir 100 buah.

Y.Bhg Datuk Syed Ahmad Jamal akan merasmikan pameran ini pada hari Jumaat, 09hb April 2010 jam 8.00 malam di Galeri 2B, Balai Seni Lukis Negara.

KATA LUHUR merupakan pameran solo kedua A.Samad Said yang memaparkan kira-kira 100 buah lukisan daripada 11 siri karya terbaru beliau. Himpunan lukisan ini adalah cerminan pengalaman A.Samad Said yang sering bergelut dengan jerih getir memperjuangkan dunia kesusasteraan yang sudah begitu sebati dengan dirinya.

Berbanding dengan siri lakaran di dalam pameran solo pertama (Daerah Samad, 2007) yang kelihatan lebih halus, gestural dan meditatif, karya-karya terbaru ini menonjolkan sapuan yang lebih perkasa, ganas dan penuh yakin seiring dengan nuansa yang menyelubungi detik-detik pengkaryaan lukisan-lukisan tersebut.

KATA LUHUR adalah rakaman visual serta catatan batin bangsa sebuah era yang sarat dengan kisah resah gelisah serta gelora seorang sasterawan dalam menongkah sebuah kehidupan, berbaur dengan pelbagai episod yang mengitari daerah bahasa dan bangsanya.

Nur Hanim Khairuddin, Kurator Jemputan

Nota: Sempena hari lahir ke 75 Pak Samad, majlis akan turut diserikan dengan persembahan lagu, video seni dan bacaan puisi oleh:Rahmat Haron, Meor Yusuf Aziddin, Rahimidin Zahari, Siti Zainon Ismail, Space Gambus Experiment, Dewangga Sakti & Taheera Rosheena .

kata luhur

Jemput Datang. Jumpa di sana!

Tiada ulasan: