Isnin, April 12, 2010

Hari Ini Aku Kejam

Semuanya tidak berjalan seperti biasa.
Hari ini hati aku remuk walaupun tanpa sesiapa yang menyakiti.
Aku menjadi terlalu serius dalam setiap percakapan.
Aku cuba lari daripada semua orang.
Aku bosan dengan orang sekeliling.
Aku benci. Aku muak.
Aku rasa semua orang bermuka-muka.
Aku menangis dan tiba-tiba aku ketawa.
Tiada, tiada siapa yang perasan tentang perasaan aku ketika itu.
Aku masih boleh berpura-pura senyum ketika orang menegurku.
Aku tutup perasaan dengan pembohongan.
Aku penipu. Aku berlakon.
Aku geram dengan salakan-salakan bodoh.
Aku tunduk, aku menangis.
Senyap.
Tanpa siapa pun tahu.
Tinggalkan aku sendirian.
Biar aku pulih.


11.00a.m
12 April 2010
----
2 jam selepas itu aku pulih
tetapi masih tawar.

Tiada ulasan: