Sabtu, April 17, 2010

aku gay today

Kalau nak menulis ni, cerita mesti fresh tak boleh berbasi-basi. Kalau gitu tak feel, macam menipu.

Hari ini hari yang aku tunggu-tunggu. Kehulu kehilir tak boleh duduk diam. Ke balkoni belakang dok jenguk mana tahu si dia sudah sampai. Mengintai dari atas. Tapi slek hujan tiba. Aku tak salahkan hujan cuma si dia takkan datang kalau hujan. Aku down.Walaupun mesej si dia berbaur meminta maaf aku tak salahkan, aku faham. Tapi langit kembali cerah seperti memberi ruang untuk aku bersama dia. Si dia kembali datang. Aku tak boleh tahan senyum yang selama ini aku simpan untuk dia.Kami bercerita itu ini. Tanpa hipokrasi. Semuanya terus terang. Pemikiran kami sama jadi tiada masalah. Sudah lama, sudah berbulan-bulan aku tak luang masa untuk betul-betul berborak dengan dia. Dia terlalu sibuk. Dia jauh.

Hari ini baru aku lega. Beku yang tersimpan dalam kepala dan jiwa ini sudah mencair.
Baru hari ini aku senyum lebar sepuas-puasnya.
Baru hari ini aku beria-ria dengar cerita orang
Baru hari ini aku ketawa selantang-lantangnya.
Baru hari ini semenjak dahulu.
Segala bahalol yang aku simpan sudah hilang. Percakapan dia menguatkan aku. Aku tak payah menangis lagi sebab aku perlu tahu yang dia sentiasa terbuka untuk aku.
Terima kasih kerana datang jumpa aku walaupun kau berjalan kaki jauh.
Walaupun kita hanya lepak dekat lombong belakang rumah aku.
Kita pun tak pernah kisah.
Terima kasih Salina Salleh.
Sejam sudah cukup.

-Gay traditionally means 'happy'

1 ulasan:

fd berkata...

ya. aku pun gay hari ni. ngahaha!